Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama
MADINAH, Ahad, 18 Mei. - Penerbangan ketiga bakal-bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam (NBD) menggunakan pesawat Penerbangan Diraja Brunei (RB) BI4205 membawa seramai 254 orang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 3.00 petang waktu Madinah.
Rombongan ketiga termasuk pegawai-pegawai dari Pejabat Urusan Jemaah Haji NBD (Perubatan); Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB); Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.
Hadir bagi menyambut ketibaan bakal jemaah haji NBD ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Arab Saudi di Riyadh, Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun bin Haji Junid dan isteri; Pemangku Konsul Agung NBD di Jeddah, Awang Haji Farhan bin Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani dan isteri; Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali selaku Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji NBD (Pentadbiran); Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji NBD (Perubatan), Dr. Haji Aziman bin Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yaakub dan pegawai-pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji NBD (Pentadbiran dan Perubatan) serta dari Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB).